Cara mencari tiket melalui Rome2Rio

Rome2Rio menawarkan pelbagai perjalanan untuk ke destinasi anda. Kami tidak menjual tiket secara langsung tetapi kami menghubungkan anda secara langsung dengan rakan kongsi tempahan yang dipercayai untuk membeli tiket.

Kami memberi anda maklumat yang anda perlukan - seperti jadual, butiran pengendali dan harga untuk menentukan pilihan yang terbaik untuk anda. Jika anda ingin membeli tiket, kami akan menghubungkan anda terus dengan rakan kongsi tempahan.

Dengan senarai rakan kongsi tempahan yang semakin bertambah, Rome2Rio kini menawarkan pilihan tiket ke lebih banyak laluan berbanding sebelum ini.

Pada halaman ini

Bagaimanakah saya tahu jika terdapat tiket untuk perjalanan saya?

Semua tiket yang dipaparkan di Rome2Rio datang terus daripada rakan kongsi tiket utama kami. Jika kami mempunyai tiket yang tersedia untuk perjalanan anda, ini akan ditunjukkan dalam cara berikut:

  1. Pilih pilihan tiket terus daripada jadual di mana anda akan dipindahkan ke salah satu rakan kongsi tiket kami untuk melengkapkan tempahan anda.

  2. Pilihan unuk 'Cari tiket' akan tersedia tepat di atas jadual. Apabila anda mengetik pilihan ini ia akan membawa anda ke halaman baharu di mana anda boleh memilih tiket berdasarkan tarikh dan masa berlepas pilihan anda.

Semua tiket yang dipaparkan di Rome2Rio datang terus daripada rakan kongsi tiket utama kami. Jika kami mempunyai tiket yang tersedia untuk perjalanan anda, ini akan ditunjukkan dalam cara berikut:

  1. Anda akan dapat mengetik 'pilih' terus daripada jadual. Anda kemudiannya akan dipindahkan kepada salah satu rakan kongsi tiket kami untuk melengkapkan tempahan anda.

  2. Pilihan untuk 'Pilih tarikh' akan tersedia di atas jadual waktu. Apabila anda mengetik pilihan ini, ia akan meminta anda mengesahkan tarikh anda sebelum memindahkan anda ke halaman baharu yang membolehkan anda memilih dan menempah tiket anda.

Bagaimanakah jika Rome2Rio tidak menawarkan tiket?

Jika kedua-dua pilihan di atas tidak muncul ini bermakna kami tidak mempunyai sebarang tiket tersedia untuk laluan itu. Kami mengesyorkan anda menghubungi pengendali pengangkutan dan menempah terus dengan mereka atau dalam beberapa kes membeli di stesen atau di atas pengangkutan. Butiran hubungan pihak pengendali boleh didapati dengan menatal ke bawah melepasi jadual.

Rome2Rio ialah enjin carian yang menyediakan maklumat dan pilihan untuk perancangan perjalanan. Ia tidak secara langsung memudahkan tempahan atau transaksi

Did you find it helpful? Yes No

Send feedback
Maaf kami tidak dapat membantu. Bantu kami menambah baik artikel ini dengan maklum balas anda.